Tuesday 12 May 2009

Sikap org kita yang kurang difahami???????

Sebenarnya kisah yang nak diceritakan nie dah belaku semlm lagi, apabila salah seorang ckg datang kat saya dan menceritakan bahawa mungkin sambutan Hari Guru kita pada tahun nie kurang menarik dan hambar. Saya terpanggil, bukan atas dasar nak melebihi sesiapa, tapi kalau pengurus sebenarnya tidak serius untuk mengurusnya, saya rasa tak salah jika ada org lain yang boleh menguruskannya supaya majlis tersebut tidaklah hambar dan mengecewakan rakan - rakan guru yang lain. Kadang - kadang aku lihat kesihan ngan cikgu2 di bawah pengurusan cikgu tu.

Kadang kala kita tidak boleh lah hanya pandai bercakap aje atau kita tidak akan boleh bertindak sorang - sorang. Siapalah kita. kita amat perlu bantuan org lain

Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan. 

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan. 

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya. 

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di hujung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju

No comments:

Post a Comment