Saturday 16 May 2009

Selamat Hari Guru

Perkataan selamat Hari Guru Pada hari ini, saya dah terima lebih daripada 20 SMS (Tidak termasuk ucapan dari mulut ). Tetapi disebalik ucapan tu tergambar 1001 perkara yang perlu diertikan dan difahami. Sungguh malang jika ada segelintir guru - guru yang dia rasa dia seorang guru, tetapi hakikatnya dia sebagai seorang guru yang tak tahulah nak dikatakan. Kalau dia tiada pun, tidak menjejaskan majlis. Kita sangat berharga jika kita amat diperlukan bila kita ada dan kita akan rasa kehilangan jika kita amat perlu dia. Barulah kewujudan anda amatlah dihargai.

Bagi saya, sambutan Hari Guru Tahun ini adalah yang paling lokoh yang pernah aku sambut, apa tidaknya jika Pengerusi yang kita haraapkan boleh menjayakan majlis dengan rasa yang tidak boleh dilupakan, hanya duduk tanpa membuat apa2. Lebih banyak mengharapkan orang sekeliling yang menjayakannya. Tengok hadiah pun macam tak percaya, apa tidaknya dengan harga RM15, hanya dapat sebuah beg kertas yang beberapa sen sahaja dan sehelai tuala mandi yang tiada apa-apa cetakan pun. Adakah harganya RM15, atau kurang, kalau kurang yang kurang tu beli apa?????

Satu isu yang saya dengar, tapi tak pastilah betul ke??? Mana perginya duit jualan air kotak???? dari apa yang diketahui bendahari pun tak tahu urusan jualan dan belian air kotak. Jadi duitnya masuk kat poket sapa????? Perkara ini berlaku jika ada orang2 yang berotak "Bisnes mainded", jadi kerja2 suka rela dah tak de. Lebih banyak buat sesuatu urusan masti ada kepentingan diri sendiri. Macam manalah orang tak kutuk. Tak tahulah, di mana kebenarannya. Tolonglah ada sesiapa yang tahu cerita nie, cerita dan beritahu yang perkara ini tidak benar. Harap2 tidak benar.

Kita tunggu dan lihat. Ok.........Selamat Hari Guru, semoga anda yang baca, jika cikgu, jadilah cikgu dihati anak muridmu. Cemerlang atau tidak anak murid mu bergantung ditangan anda.

No comments:

Post a Comment