Monday 4 May 2009

Cuti oh cuti.......................

Tanggal 1 Mei sehingga 3 Mei adalah cuti umum yang telah diketahui ramai, tetapi bagiku ia adalah ari yang bukan cuti. Apa tidaknya, semua orang boleh balik kg pada Jumaat (1Mei ), tapi aku masih kat JB. Ini gara - gara kesanggupan yang telah dibuat untuk menghadiri kenduri anak YM Tengku Jamilah. Aku telah diminta agar menjadi MC( Juruacara ). Nak ditolak, beliau adalah sahabat yang agak baik jugaklah. Tidak apa, aku rancang balik kg ari Sabtu petang aje. Tapi tak tahu malang ape, aku pergi servis kereta pada pagi Sabtu, kira - kira jam 9.30 pagi, cadangan nak tukar minyak hitam aje. Bila dibuka banyak benda yang kena betulkan, antaranya minyak Hitam telah bocor, ada satu panel bar, (tak tahu apa bendanya ) dah bengkok. jadi aku buat keputusan suruh betulkan semua. Dia kata boleh siap sebelum jam 12.00tgh, tapi malangnya tak siap, walaupun jam dah menunjukkan 1.30 ptg.
Aku ambil keputusan meninggalkan kereta ku dibengkel dan aku hubungi En Gobi untuk ambil aku, kerana aku perlu berada di majlis tersebut sebelum pengantin tiba. Apabila En Gobi datang, aku minta tolong hantarkan aku balik kerumah dulu, cos baju belum digosok dan aku perlu mandi, kerana peluh yang menitik membasahi baju.
Aku berjaya sampai kemajlis tepat pada masa yang dirancang. Aku bercadang selepas majlis nie bolehlah ambil kereta dan balik kampung. Kira - kira jam 4.30 ptg aku pergi kebengkel untuk melihat keretaku, tetapi masih belum siap. Aku rasa hampa. Jadi aku buat keputusan untuk tunggun sehingga kereta aku siap. Dalam aku menunggu aku pun hantarkan SMS dengan org kg, mengatakan tak jadi balik. Apa nak buat????? Akhir sekali kereta aku betul2 siap kira - kira jam 9.15 mlm. Hampir 12 jam kereta aku tersadai. Alhamdullilah tak rosak kat Highway, lagi parah, Ada benda lain yang kena betulkan antaranya sistem brek yang perlu diservis. nantilah ari nie kot baru nak gi lagi.
Dalam menggunggu aku teringat sesorang, iaitu anak muridku yang dah 6 tahun tak jumpa, baru jumpa balik di kedai mamak pada hari Khamis yang lalu. Aku saja nak buang masa SMS dia, dia dengan bersusah payang dtg mencari dan menemaniku. Sepanjang pertemuan aku banyak berceritakan kisah kehidupan. Sebenarnya aku jumpa dia untuk kali kedua, kerana pada hari Khamis yang lalu aku telah jumpa dia sehingga 4.30 pagi. Kami pusing - pusing sambil ku mengorek rahsiah dia. Aku dapati dia seorg yang kecewa kerana kekecewaan dia bermula dengan tidak layaknya dia untuk masuk ke sekolah berasrama penuh. sehinggalah dia ambil keputusan mengambil dadah, rokok dan minum, minuman keras. Dia dengan rela hati menceritakan betapa 6 tahun nie banyak benda dah berlaku pada diri dia. Sepanjang percakapan dia, aku lihatkan kematangan pada pemikiranya. Seorang remaja yang telah kecewa dan cubaku dekati semoga serba sedikit aku dapat membimbing beliau agar tidak terjerumus lagi kearah tersebut.
Hasil perbincangan yang agak panjang lebar mengenai diri beliau, saya boleh anggapkan beliau seorang yang agak tabah. tapi dalam pada itu masih ada ruang untuk terpesong kearah yang tebih teruk jika tidak diisi atau tidak dibimbing oleh seseorang. Dari percakapan dia, dia seorang yang nekad melakukan sesuatu tanpa memikirkan apa akibatnya. Dengan kata lain dia mudah mengambil risiko. Aku lihat, aku mempunyai 2 orang mantan anak murid yang boleh bercerita tentng kehidupan dengan lebih meluas, bergantung padaku, dan kebolehan ku untuk mengutarakan isu yang bakal dibincangkan. ada banyak lagi yang hendak diceritakan tentang dia, nantilah jika ada kesempatan lain akan ku cerita dengan lebih lanjut, semoga ia dapat menjadi panduan dan pedoma untuk kita padaa masa hadapan. Bye.........................

No comments:

Post a Comment