Sunday 6 March 2011

Siapa diri kita?

Manusia secara umumnya boleh dikelaskan kepada 4 kumpulan utama berpandukan apa yang selalu dilakukan. Antaranya ialah:

a. Minda Fizikal.
b. Minda Emosi.
c. Minda Spritcual.
d. Minda kognitif.

Ciri - ciri manusia yang mempunyai minda - minda di atas.

a. Minda Fizikal : Biasanya manusia yang mempunyai minda ini suka melakukan kerja - kerja yang melibatkan fizikal contohnya suka berkebun, bersukan dan lain - lain.

b. Minda Emosi : Biasanya manusia yang mempunyai minda ini, suka dengan aktiviti yang kreatif, yang melibatkan emosi, sastera, suka membaca, mudah tersentuh dan lain - lain lagi.

c. Minda Spritcual :  Minda ini suka melibatkan diri dalam keagamaan, yang melibatkan alam ghaib dan yang melibatkan batiniah.

d. Minda Kognitif : Minda ini adalah minda yang suka menggunakan akal fikiran sebagai wadah dalam melakukan sesuatu kerja atau dengan kata muda menggunakan akal fikiran dalam apa jua aktiviti. Minda ini suka melakukan aktiviti yang melibatkan pengiraan atau yang melibatkan nombor.

Setiap minda yang dinyatakan di atas ada kelebihan dan kelemahannya. kita harus bijak mengesan dan menggunakan kelebihan yang ada pada setiap minda yang dinyatakan bagi kebaikan kita semua. Biasanya minda ini terdapat dalam minda separuh sedar kita, ia yang menentukan akan yang akan kita jadi dikemudian hari. Tetapi ia bukan lah faktor yang paling utama, terdapat juga faktor lain, antaranya ialah cara didikan kita, faktor persekitaran dan pengalaman sedia ada yang kita perolehi.

No comments:

Post a Comment