Wednesday 2 March 2011

KEINDAHAN DALAM KATA - KATA.

Setiap hari kita akan sentiasa mendengar pelbagai-bagai perkataan yang kita dengar dan kita luahkan. Pernah atau tidak kita terfikir setiap perkataan yang kita dengar atau kita tuturkan berunsur baik atau buruk? Adakah kata - kata tersebut penuh hikmah? Jika kita ingin lihat sesuatu kata yang diluahkan atau didengar penuh hikmah atau tidak kita lihat impaknya. Kalau impaknya memberi makna yang mendalam, maka ia adalah kata yang penuh bermakna. Tetapi jika sebaliknya. sudah tentu kata - kata tersebut tidak berhikmah dan wajiblah kita jauhi.

Pujanga pernah mengatakan bahawa kata - kata ini ibarat pisau belati yang amat tajam dan boleh menguris hati dan perasaan seseorang. Oleh itu jagalah kata - katamu untuk kebaikan semua. Dalam ketajaman kata-kata yang diluahkan ada yang indah, indahnya kata-kata jika ia diambil positif oleh penerima. Kadang kala kata yang baik sekali pun, jika diambil secara negatif akan menjadi kata - kata yang tidak baik. BAGAI MANA DENGAN ANDA TENTANG KATA - KATA YANG DILUAHKAN OLEH SESEORANG? ADA APA-APA KOMEN?

No comments:

Post a Comment