Assalamualaikum, kepada rakan-rakan dan semua anak murid ku, sama ada dah jadi mantan atau yang masih bergelar anak murid saya. Saya harapkan kalian semua sentiasa cemerlang dan bersemangat baru bagi tahun 2011 ini. Diam tak diam kita sudah menamatkan seminggu sesi persekolahan kita. Terdapat perkara baru dan lama berlegar-legar di ruang kerja kita. Walauapa, anggaplah ia suatu cabaran yang perlu kita tempuhi dengan penuh keyakinan dan penuh bersemangat. Masih jauh lagi perjalanan kita bagi tahun ini. Macam - macam perkara yang kita rancang untuk memastikan kerja kita lebih hebat hasilnya berbanding tahun lepas. Syukur saya masih berbangga kerana setiap pagi masih ada orang yang memberi salam dan ucapan "Selamat pagi Cikgu". saya bangga menjadi sebahagian daripada catatan sejarah ini. Saya harapkan saya dapat menyumbang sedikit ilmu dan buah fikiran untuk tahun ini. Amin.
Saya berharap tahun ini saya dianugerahkan kesihatan fizikal dan mental serta kesabaran yang lebih tinggi.
No comments:
Post a Comment