Tuesday 11 January 2011

Perbagai perkara berlaku dalam tahun 2011.

Sejak detik 01.01.2011 menjelma, terdapat macam-macam perkara berlaku. Antaranya :

1. Detik aku meneruskan hidup kat Johor Bahru dengan sendiri lagi, permohonan ku seolah-olah tiada kelulusan. Namun ku tunggu juga berita itu.
2. Ku jalankan juga tugas-tugas harian sebagai guru penyelaras tahun 5 tanpa memegang mana2 kelas. Pertama kali setelah 14thn berkhidmat kat sekolah ini, tanpa kelas.
3. Pertama kali menjadi ahli PBSM setelah 14thn berkhidmat kat sekolah ini, pastu terus jadi ketua pula tu, takpe, ini adalah suatu cabaran yang perlu ku sahut.
4. Merancang beberapa perubahan dalam pengurusan murid - murid tahun 5, menganjur pelbagai pertandingan mengikut Panitia setelah lama tak de. serta merancang mengadakan sesi pengambaran semua warga sekolah.
5. Ku terima berita mantan anak muridku mengalami kemalangan jalanraya dan masih koma di HSA. Diketika saya menulis ini pun masih dalam keadaan koma, Kemalangan berlaku pada hari Isnin, ni dah masuk hari selasa. masih tiada perubahan. Aku mohon supaya beliau diberi peluang kedua. Kuatkan semangatnya Ya Allah.

Semoga tiada berita sedih untuk tahun ini lagi. Suatu dugaan yang tidak mudah aku terima. Sekian, terima kasih, kerana sudi membacanya.

No comments:

Post a Comment