Thursday 4 June 2009

Minggu yang amat sibuk walaupun hampir cuti.

Minggu lalu adalah minggu yang agak sibuk, kenapa tidaknya ada 2 majlis yang jalankan serentak, Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Johor Bahru dan Pameran ICTL di SMK Tg Adang, Gelang Patah. Alhamdullilah kedua2nya dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ini semua atas bantuan kenkawan yang sudi membantu. Semoga Allah sahaja yang dapat membalaskannya.

Kesibukan nya sungguh terasa pada hari Jumaat 29.05.2009, apa tidaknya kami bergegas ke Gelang Patah untuk menyiapakan tapak pameran, Sampaikan kami tesesat sampai ke bangunan Kastam. Walau macam mana pun kami dapat laksanakan sehingga 2.15 ptg. Disini En Fadzilah telah di tugaskan untuk menjalankan semua tugas dengan dibantu oleh beberapa orang guru yang saya boleh katakan amat rajin dan amat didekasi. Pihak sekolah seharusnya memberi ucapan tahniah kepada mereka.

Bagi sebelah petang pula kami terpaksa bergegas ke dewan MBJBT untuk raptai Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah. Setibanya saya dan Pn Mazlihan, kami bertemu dengan En Azri. Di situ kami habiskan masa hampir pukul 6.00 ptg. Kesibukan untuk Persiapan Hari Guru nie, sekolah ditugaskan untuk membuat motaj bagi 2 orang Tokoh Guru, Lagu Bangsa Johor, Negaraku, Selangkah kehadapan, dan Ikrar Hari Guru.

Dalam Menjalankan tugasan untuk mengedit video, saya mempelajari banyak hal baru, terutamanya saya telah berjaya untuk mendownload 2 program :
a. Program `Convert' Video ke program lain dengan mendapat pendaftaran yang sah melalui mencari no. cracknya.
b. Program mengesan IP pengodam dan penghatar komen bagi blog atau pun apa2 lama web. Melalui program nie saya dapat mengesan :
i. Ip Pengguna
ii. Nama pengguna
iii. Dari mana pengguna membuat atau menghantar.
iv. Maklumat komputer atau laptop yang digunakan.
v. Masa yang tepat.

Terfikir saya, agaknya macam nielah kerajaan dapat mengesan siapa, darimana sesuatu komen atau apa2 yang dihantar melalui E-mail atau internet. Alah mcm kes menghina Sultan Perak tu. Mula2 saya terfikir mcm mana diaorg nak kesan kalau kita tak beri tahu nama atau alamat email kita semasa ingin membuat komen kepada apa2 laman web. Program nie juga saya dah cuba guna untuk mengesan komen dalam blog saya. Seperti yang dijangka, saya dapat maklumat penghantar dengan lengkapnya. Tapi saya tidak akan ambil apa2 tindakan sebab saya fikirkan 3 perkara tentang cikgu tu :

1. Keluarga ( Isteri dan anak2nya )
2. Kerjaya sebagai seorang guru.
3. Dia nie org Melayu.

Walaupun semasa dia buat komen tu dia tak berfikir panjang akan akibatnya, hanya ingin lepaskan marah dan geramnya sahaja. Semoga dia berubah menjadi org yang lebih baik dan lebih cemerlang. Sebab saya fikirkan hidup kita nie macam roda ari nie kita di atas lepas tu esok lusa kita akan berada dibawah. Hargailah rakan2 anda, jgn ikutkan amarah sahaja.

Ok lah tu, berbalik tentang 2 majlis yang telah berlalu. Semua yang hadir ucapkan tahniah. Ada yang menalifon saya terus ucapkan tahniah. Mereka berkata walaupun Guru Besar tiada di sekolah atas urusan2 lain, tugasan boleh dilaksanakan dengan baik sekali. Saya hanya katakan terima kasih dan saya berkata ini berjaya kerana ada guru2 yang cemerlang2 dan rajin2 di sekolah saya. kita biasa membuat sesuatu bersama2. kalau ada masalah kita cuba atasi bersama2. Seronok sungguh berkerja dengan mereka. Di sini saya sebutkan nama mereka yang banyak membantu :
1. En Mohd Fazdilah b Rozali
2. Pn Marsita bt A Hamid
3. Pn Latifah bt Jubin
4. Pn Mazlihan bt Othman
5. Pn Isnani bt Ismail
6. Pn Azalina bt Kamarudin
7. En Azri b Abd Razak - GPK HEM
8. En Sayfared
9. Pn NorSafrina bt Mahmod

dan ramai lagi. Sorrylah kalau tak sebut nama. Mereka nie semuanya rajin2 belaka dan sangat baik semasa menjalankan tugas yang diberikan. Semoga mereka menjadi lebih cemerlang dan lebih baik lagi. Harap2 ada lah org yang memberi ucapan tahniah jugak kepada mereka.

Oklah nak baring jap. Minggu depan saya akan ceritakan aktiviti saya di Tiram Indah bersama rakan2 dari sekolah lain. Tungguuuuuuu. Arios.....

1 comment: