Friday 6 February 2009

Sehari yang biasa............

Tugasanku bermula seperti biasa, ari nie. Aku sampai ke sekolah lam kul 6.25pagi. Tapi aku tak terus gi tulis nama. Aku buat keja pendafaran UPSR yang akan dihantar kepada Khairus. Tapi aku berhenti jap tuk gi tulis nama, tapi lam kul 6.50 pagi. Aku masuk ke pejabat dan aku lihat GPK1 dan GPK KOKO dah sampai. Aku tulis nama dan ambil rekod kehadiran murid dan terus bla. Aku terus gi ke makmal komputer tuk selesaikan tugasan yang tertangguh tadi. Tiba2 ada 4org murid datang minta kismis. Aku agak sibuk dan suruh diaorg gi ambil sendiri. Aku teruskan keje2 tadi. Aku rasa tak sempat abis, aku pun panggil salah seorang daripada mereka tuk tolong aku. Akhirnya aku dpt selesaikan keje2 tu, tepat pada masanya.

Aku teruskan pengajaran dan pembelajaran. Pagi tu aku ada kelas PJK 6 Cerdas. Tapi malang hampir setenggah daripada mereka tak bawa pakaian yang lengkap. Pada mulanya aku malas nak jalankan kelas PJK, tapi tak sampai ati tgk yg dah bawa baju. aku ambil keputusan bawa mereka tuk aktiviti P&P. Aktiviti P&P diteruskan dgn kelas 6Bijak sehingga abis. Tapi semasa kelas 6Bijak aku agak enjoy cikit coz dapat main sama mrk. ( bola baling )

Setelah abis kelas, aku salin baju dan gi kantin tuk ambil sarapan pagi. Dlm perjalanan ada beberapa mantan murid thn 6 dtg buat lawatan. Aku lynkan aje. Pastu dlm kaki melangkah, aku dpt call dr mantan murid tahun lepas (Najihah), pastu call dr Mazlihan, call dr Burn. Sampaikan Ckg Zaini ckp, sibuknya ckg nie...... Aku senyum aje. Aku ambil nasi jagung dan terus suap. Tiba2 Ckg Azri dtg lak tuk tanya bila di`observe'???? Aku ckp, bila2 rasa nak observe pun boleh. Dia tgk jadual, pastu dia kata nak observe ari Rabu minggu dpn. Aku yakan aje. Lepas tu arie aku abis buat keje yang tak tahu apa. tahu2 aje dah nak blk.

Arie nie aku sembahyang Jumaat kat masjid Ungku Aminah. Sampai lam Masjid aku jumpelah mantan anak murid, tapi aku tak ajar dia. Dia tegur aku dan salam sambil cium tangan lagi. Aku buat mcm biasa, tanyekan kabar dia, mcm mana PMR, tanye tentang abang dia pastu aku cari tempat tuk duduk. Selepas sembahyang aku pun blk umah. Sampai aje aku ambil pinggan dan makan nasi. Pastu aku baring, tanpa tak disangka, tertido pula. Sedar2 aje ckg Gobi antar sms tuk ajak minum ptg. Dah lame tak keluar minum ptg. Aku yakan aje.

Sampai kat kedai mamak ( Seri Alam kat SK Perling 3 ) mcm2 citer keluar. Tidak terkecuali cerita mesyuarat tahun 6 semalam. Lam kul 6ptg, kita gi kedai gunting rambut. Lama gak tunggu ckg Gobi gunting rambut. Sambil tunggu aku baca the mail, yg ada kat atas meja kedai gunting. Banyak cerita berkisarkan politik di Perak. Tantang nie aku no commentlah.

Selepas tu kami gi kedai buku, coz nak beli kertas warna. Pastu saya hantar ckg Gobi blk dan aku pun blk sampailah sekarang. Aku tulis nie sambil dgr Belutin Utama sebagai halwa telinga aje. Okelah nanti aku catatkan lagi aktiviti harian ku.......Selamat membaca. Berilah comment yang cihat ya.....

No comments:

Post a Comment