Saturday 7 February 2009

Kejutan kecil aje...

Arie nie aku mulakan arieku ngan bagun mcm biasa 5.30pagi. aku tido jap, lam kul 6.30 aku bagun tuk gi mandi, basuh baju dan sidai baju.

Lam kul 7.00 pagi aku keluar umah. Aku panaskan enjin kete. Sambil tu aku gi beli nasi lemak- 4 dan karipap seringgit ( 3 kepinng aje ). Siap aje, aku pun memulakan perjalanan ke sekolah. Sampai aje kat sekolah perkara berikut aku lakukan :
a.Tulis nama kat Pejabat.
b.Buka makmal komputer.
c. Ambil bekalan dan terus ke kantin tuk makan. Aku ditemani Ckg Gobi, Ckg NorAzmi, Ckg Ahmad, Ckg Romy dan Ckg Ridhuan.

d.Bergerak ke dataran tuk bantu mententeramkan murid.

e.Mendaftar kelab Bola sepak, Lantik Pengerusi, Naib pengerusi, Setiuasaha, dan AJK kelab. Lepas itu kami kumpulkan murid2 tahun 6 tuk kelas tambahan. Kejutan kecil 1 (Bilangan murid tahun 6 cerdik yg dtg seramai 6 orang aje ).

f.Jalankan kelas 6 Cerdik sebagai kelas tuisyen.

g. 9.30 pg - rehat.

h. Masuk kelas tambahan kelas sendiri (6Bijak). Kejutan kecil 2 (Bilangan yang tidak hadir 10 org)

i.Selesaikan kelas, pastu buat sedikit kecerian makmal komputer.

Dalam kul 1.00 ptg, aku bawa Hidayat, Shahreezan dan taufik gi makan kat kedai mak Ram. Pastu kami bergerak ke Pasar Larkin tuk beli `Vase'. Kemudian kami hantar Hidayat blk. Pastu kami pergi ke Giant tuk beli brg2 dapur. habislah lam RM70.00. Mahal betul barang sekarang. Selepas tu aku hantar taufik blk ke sekolah tuk ambil basikal dan kemudian saya hantar Shahreezan ke rumahnya. Kemudian aku blk umah tuk rehat jap. Coz ptg saya dah janji tuk gi jogging kat Istana.

Lam kul 5, aku gi ambil Aiman, Shahrul, Asyraf dan Arif kat sekolah tuk gi jogging kat istana. Berikut adalah sedikit gambar yang sempat kami ambil kat sana :



Okelah, Sampai disini ajelah nanti saya sambung lagi ngan citer2 yang lebih menarik.........Kalau ada. Salam

No comments:

Post a Comment