BY
DEDI AMIRUL
– OCTOBER 14, 2012
DEDI AMIRUL
Daniel Craig kembali sebagai James bon 007 dalam SKYFALL.
Skyfall yang merupakan filem ke-23 dalam francais James Bond akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam di United Kingdom pada 26 Oktober ini, sebelum ditayangkan di Amerika Syarikat (AS) pada 9 November depan.
Francais terbaru yang diarahkan oleh Sam Mendes disifatkan yang terbaik dalam sejarah 50 tahun pembikinannya.Pengkritik filem, Robbie Collin dari akhbar The Telegraph menyatakan, Skyfall arahan Sam Mendes sama hebatnya dengan francais filem Batman, Dark Knight arahan Christopher Nolan.
Ini kali pertama Mendes mengarahkan filem James Bond. Pengarah dari Britain itu pernah memenangi anugerah Oscar pada tahun 2000 untuk filem American Beauty.
Sehingga kini, 22 buah filem James Bond telah mengutip jualan tiket mencecah AS$5.1 bilion (RM15.5 bilion), jelas The-Numbers.com yang bertanggungjawab memantau prestasi filem-filem box-office.
Filem sebelum ini, Quantum of Solace yang ditayangkan pada tahun 2008 berjaya mencatatkan kutipan kasar di seluruh dunia sebanyak AS$600 juta (RM1.8 bilion)
SILA KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR DAN DOWNLOAD!
No comments:
Post a Comment