Thursday 20 March 2014

PERJALANAN HIDUP 2013 HINGGA 2014

Assalamualaikum, masa berdetik tanpa ku sedari sudah hampir 2 tahun ku berada di SK Gangsa untuk meneruskan hidupku sebagai seorang guru. Banyak perkara baru kenal di sekolah ini, tak kurang juga perubahan sikap warga sekitar dengan dunia ku sebelum ni, yang mana org sebelumnya ni agak kurang berkira atau takut untuk berkira-kira bila ingin melakkukan tugasan atau menghulurkan kewangan, tapi warga sekitar ku sekarang jauh berbeza, yang mana saya lihat ada yang sangat berkira lama membuat kerja, sehiggakan dia seolah-olah dia amat risau jika dia terlebih buat kerja berbanding orang lain. Bab menghulur wang pula, lebih kurang sama aje. Jika ada insan yang menghulur lebih dari orang lain, nampak seolah-olah orang itu sangat pelik dan ganjil.
Dalam diam, saya cuba ubah semampu yang boleh, dari persedian tempat, kerja, pandangan warga sekitar terhadap diriku. Dengan izin Allah jika kita melakukan kerja dan niat yang baik pastu ada tangan - tagan gaib yang akan turut membantu dalam menjayakan agenda saya di SK Gangsa.
Memang tidak dinafikan ada segelintir warga yg tidak senang akan kerajinan dan kemurahan serta tidak berkira sangat. Saya harapkan perubahan yang positif supaya dapat membentuk organisasi yang lebih hebat dan cemerlang, walaupun bukan perubahan dari atas, perubahan dari bawah. Namun perubahan yang diharapkan mengambil masa. Biasa lah jika perubahan tanpa formula Kuasa pentadbiran dan kewangan agak sukar untuk dijayakan dengan cepat. Insyallah kesabaran pasti akan berbuah, hasil didikan mantan Guru Besar saya, En Harith bin Abd Hamid. Beliau cuba mengubah dengan tidak menggunakan kuasa, tetapi beliau ubah dengan sikap dan cara yang lemah lembut.

Resipi kejayaan / perubahan = budi bahasa/ adap dan kebiasaan yang berteusan menghasilkan perubahan yg total, dan disukai ramai.

resipi kejayaan / perubahan = kuasa dan duit menghasilkan perubahan yang disukai ramai.

FIKIR2KAN RESIPI YANG MANA NAK DIGUNAKAN?

No comments:

Post a Comment