Saturday 9 March 2013

Pengalaman baru ditempat baru...

Syukur alhamdullilah sudah lama tidak membuat apa - apa post kat blog saya ni. Banyak perkara yang telah berlaku antaranya :

1. Bulan Disember 2012 yang lalu :

a. Menghabiskan cuti persekolahan dengan keluarga tercinta di Pulau Langkawi. 5 hari 4 malam.
b. Pergi ke Putrajaya untuk mendapatkan kepastian tentang kenaikan DG 41 dan status permohonan pemindahan ke Melaka. dan syukur alhamdullilah, pemindahaan ku diluluskan.
c. Aktiviti mengemas barang - barang di tempat kediaman ku di Perling dan barang - barang di Makmal komputer untuk dibawa balik ke Melaka.
d. Sesi menghantar barang - barang ke Melaka telah selesai.
e. Sesi pendaftaran dan melapor diri ke sekolah baru bermula. Aku telah ditempatkan di SK Gangsa, Melaka. ( belakang rumah ku aje. Tak pe lah setiap yang berlaku ada hikmahnya )
f. Mesyuarat guru - guru kali pertama.
g. Sesi mengutip yuran persekolahan dan sesi menghias kelas berjalan seperti biasa menurut rutin setiap hujung tahun.

2. Bulan Januari dan Februari 2013 yang lalu :

a. Aku telah dianugerahkan dengan pelbagai jawatan : Ketua Panitia Sains, Ketua pasukan Bola Baling, dan terbaru sebagai pembantu pengurus dalam bidang kurikulum.
b. Mesyuarat Panitia Sains kali pertama.
c. Mesyuarat pertamaku di BTP Melaka.
d. Lawatan mantan anak murid ku ke rumah dan tempat bertugas ( Fendi bin Ali )
e. Latihan pasukan Bola baling buat kali pertama.
f. Aku menerima ahli baru dalam keluargaku, anak kedua telah lahir.
g. Mengubal soalan bulanan yang bakal murid duduki pada 12hb Mac sehingga 15hb Mac.

Dan macam-macam lagi yang telah berlaku dan akan berlaku, aku akan kerap membuat post-post terbaru terutama set - set soalan sains bagi tahun ni. Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment