Friday 30 November 2012

Terowong Rahsia Dijumpai Di Palekbang, Kelantan


Gempar sekarang ini berkenaan dengan terowong dipercayai terowong rahsia pada zaman purbakala. Terowong rahsia ini dikatakan menghala ke sempadan Thailand dimana dipercayai aktiviti menyeludupan barang ke Thailand oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Di media sosial Facebook kini telah heboh mengenai penempuan sebuah terowong rahsia palekbang ini peninggalan tentera Jepun sepanjang lebih 100 kilometer yang baru dijumpai di Palekbang, Kelantan.
Buat masa ini, bomba dalam proses menyedut air keluar dari terowong rahsia palekbang tersebut kerana ia dipenuhi air hujan dan kebetulan dengan musim tengkujuh.
Pihak Jabatan Mineral dan Geosains juga telah ada untuk menjalankan siasatan keatasterowong rahsia palekbang tersebut.
Dikhabarkan, seluruh kawasan terlibat di Palekbang ditutup rapi dan telah dipagar oleh pihak polis sekarang ini. Polis dan beberapa jabatan kerajaan mula berkampung sejak kelmarin lagi bagi menjaga kerahsiaan tempat ini
Jika ada sesiapa orang Palekbang Tumpat atau sekitarnya disini bolehlah berkongsi penemuan baru ini di ruangan komen dibawah.

sumber :http://beritamelayu.net/terowong-rahsia-dijumpai-di-palekbang-kelantan/

No comments:

Post a Comment