Wednesday 22 February 2012

Kerang Yang Sungguh Pelik

Kerang Yang Sungguh Pelik (7 Gambar) | Pernahkah anda makan kerang? Semestinya pernah kan kecuali bagi mereka yang mengalami simptom alah kepada makanan laut. Kerang kebiasaanya dimasak dalam masakan seperti mee goreng, atau dibuat kerang bakar dan sebagainya. Tetapi ada satu jenis kerang yang sangat pelik. Kerang ini dinamakan Geoduck kerana kerang besar yang sebahagian besarnya tinggal di perairan kawasan Puget Sound di Amerika Syarikat. Kerang pelik ini adalah kerang laut yang terbesar yang dimiliki oleh keluarga Bivalvia atau Pelecypoda. Sebab ia dikira dalam keluarga Bivalvia kerana ia mempamerkan dwi separa cangkerang luar yang berbeza.
Walaupun ditulis sebagai geoduck, nama kerang pelik ini memberikan bunyi yang berbeza apabila digunakan dalam pertuturan disebut “GOOEY-DUCK”, walau bagaimanapun, ia tiada kena-mengena dengan itik biasa. Ia dianggap sebagai yang terbesar dalam kumpulannya dan boleh didapati jauh kedalam di bawah air laut dalam bentuk berkoloni. Jom tengok gambar kerang pelik di bawah ini.
Melayukini.net - Pelikkan? Kami memang tak pernah tengok kerang sebesar ini. Inilah kali pertama melihatnya. Nampak geli kerana kerang ini seolah-olah berlendiir dan seperti ulat yang panjang.

No comments:

Post a Comment