Sunday 22 May 2011

Review Nur kasih The Movie.(Latest)

Thursday, May 19, 2011Sumber : http://www.sjiehan.com

Nur Kasih The Movie (NKTM) menyajikan kisah yang penuh dengan cerita cinta antara Adam  (Remy Ishak) dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam. Tiga watak yang penting dalam cerita ini. Tidak ketinggalan jugak Adik Mia sara, Datok Rahim Razali, dan juga Norman Hakim. Kisah ini sangat sedih dan tragis.  Aku review sikit-sikit je la.. nanti korang x p tgk pulak... hehhee... cite die mmg best!

Nur Kasih The Movie (NKTM) adalah lanjutan dari kisah drama bersiri Nur Kasih. Jika nak tgk  Nur Kasih The Movie (NKTM) ni anda kene tgk dulu Drama tersebut. Kisah ini memaparkan kehidupan sebuah keluarga yang penuh dengan nilai-nilai keislaman. Di selitkan nilai cinta seorang suami kepada isterinya (Adam dan Nur amina, Aidil dan isterinya), cinta seorang ibu terhadap anaknya (emak Adam dan Aidil) , cinta seorang ayah terhadap anak-anaknya (Aidil dan anaknya Miasara dan ilyass)  serta kasih seorang abang terhadap adiknya(Adam dan aidil).

Nur Kasih The Movie (NKTM) banyak menggunakan teknik imbas kembali. Di mana permulaan ceritanya di mulakan dengan babak yang mencemaskan.* bunyi letupan kuat di kawasan padang pasir*. Membuatkan aku tertanya-tanya, kenapa meletup? apa yg menyebabkan letupan tuh?   

Di pertengahan cerita memaparkan kemuncak cinta Adam dan Nur Amina (Nur). Mereka sangat bahagia kerana Nur di sahkan mengandung. Malangnya dia keguguran. Hal ini menyebabkan Adam dan Nur sangat sedih dan hiba lalu Adam membawa Nur pergi bercuti di Jordan. Ketika di sana, mereka di uji dgn pelbagai dugaan. Sehingggakan kereta api yg mereka naik berlanggar dengan Lori minyak. * tu yang meletup di awal penceritaan. 

Adam sangkakan Nur mati, lantas dia berdoa, Ya Allah, ujianMu sangat berat, Engkau uji lah diriku, ambil lah apa yg aku ada, tetapi Selamatkanlah isteriku " *mcm tu la lebih kurang ..
Alhamdulillah 2-2 selamat dan pulang ke hotel. Sampai kat hotel, baru Adam perasan cincin perkahwinan Nur hilang. Jadi Adam g balik kat tempat letupan untuk cari cincin tu.  Part paling menyedihkan bila di Adam dalam keadaan nazak di pangkuan Ibunya. Memang sangat sayu ....tapi aku x nangis la... hahaha .


Pengarah cuba untuk memendekkan cerita, dari muda hinggakan mereka tua. Bosan jgak la, sebab die cite sikit-sikit.. Jalan cerita yang masih kabur, sangat ringkas cuma aku suka cite ni sebab die terapkan nilai2 murni dlm beberapa babak… die tunjuk 1 family solat, sume baju putih-sejuk mata tgk. Si suami mengerakkan isteri, bgun solat tahajut sama2… sweetkan..



hahahhaa..  kene la p tgk sendiri... hehehe...Banyak pengajaran yang kita boleh amik dari cite ni. Biar orang kata "Muka Legend, tapi hati CUTE". Tahniah Crew Nur kasih The Movie. Lepas ni, kabir boleh la amik aku jadi pelakon. Aku nak ambil watak Aidil.. hahaha.. boleh takkkk...?


"the ones that love us, never really leave us "

No comments:

Post a Comment