Monday 7 February 2011

KSSR????

Sudah 5 minggu berlalu sesi persekolahan kita, sejauh mana perjalanan KSSR bagi murid2 tahun 1 berjalan? Terdapat segelintir guru pernah berkata, semasa PPSMI, cikgu-cikgu sibuk bawa `lepttop' dan LCD kehulu-kehilir, tapi sejak KSSR ni cikgu- cikgu sibuk bawa beg tambahan. Kadang kala terlihat seorang cikgu bawa sampai 4 beg. Kalau ikut logik, ini memang tak logik. Kesian cikgu- cikgu kita sekarang. Bukan itu sahaja, tugas guru terpaksa bertambah, apa taknya seorang murid perlu ada sekurang-kurangnya 5 buah fail. Cuba bayangkan kalau sebuah kelas ada 38 orang, 38 orang X 5 buah fail = guru kelas khususnya perlu uruskan 190 buah, tu bagi sebuah kelas. Cuba bayangkan jika dah banyak sangat fail, fail-fail tu nak simpan kat mana? kat dalam kelas sendiri pun dah penuh dengan rak yang isi bahan bantu mengajar dan tergantung macam-macam bahan bantu mengajar. Bukan kah itu sudah bertambah beban tugas guru?

Kenapalah kerajaan tidak wujudkan suatu pengkalan data untuk mengisi / menyimpan hasil-hasil kerja dan bahan-bahan kerja murid secara maya? Bukannya kita sudah ada macam-macam teknologi sekarang. Jika dilihat guru-guru sekarang lebih banyak jadi kerani daripada jadi seorang guru yang berkesan. Hanya seorang guru sahaja yang memahami masalah guru, orang lain mungkin sukar untuk fahami. Apa yang mereka lihat guru beruntung kerana bila cuti sesi persekolahan, guru-guru akan bercuti panjang. Tetapi hakikatnya tidak semuanya sama, kerana pasti pihak sekolah membuat perancangan untuk buat `house keeping' seminggu sebelum tutup sekolah dan seminggu sebelum buka sekolah, ada pula sebahagian sekolah meminta guru bertugas di sekolah mengikut mingguan atau giliran.


Kalau difikir semula, bagaimana seorang guru itu dapat berkerja dengan baik kerana beban kerja yang banyak. Seorang guru, dia bukan sahaja jadi guru tetapi dia akan jadi jururawat, kerani, pengawal keselamatan, jurulatih sukan, penceramah, peniaga, tukang sapu, dan macam-macam lagi, tetapi kerja lain ada tak macam kerja guru ni. Gurulah kerja seribu kerja di dalamnya. Sekian, nanti kalau ada masa saya akan menulis lagi. Melihat dengan mata hati lebih baik daripada melihat dengan hawa nafsu.

No comments:

Post a Comment