Wednesday, 3 March 2010

Update Aktiviti Harian.

Syukur alhamdulilah ada masa nak menulis semula kat blog nie. selama nie sibuk sikit terutama berfacebook, mengumpul rakan - rakan lama dan mengumpul mantan - mantan anak murid. Saya juga baru berkesempatan mengujudkan `group' Mantan Anak Murid Cikgu Norizan SKPR. Alhamdulilah juga dah lebih 60 org yang mendaftar diri. Tujuannya adalah sebagai wadah untuk bertanya kabar dan berbual - bual. Tanpa saya sedari ramai anak murid yang telah menuntut kat Universiti dan ada yang dah merancang - merancang untuk ke `Oversea', tahniah buat mereka yang berjaya. Dalam masa yang terdekat nie macam2 perkara telah berlaku antara :
1. Mendapat cahaya mata pertama ( Mohammad Afiq Danish ) yang lahir pada 01 hb Dis 2009.
2. Menjalankan majlis potong jambul pada tahun baru cina yang lalu buat anakku yang tersayang.
3. Sahabat, boleh dikatakan kakakku, Pn Norsiah bt Mohd Taib; telah kembali ke Rahmatullah. (Semoga Rohnya ditempatkan dengan orang - orang beriman. Amin ) saya rasa sikit ralat kerana ari dia berada di sekolah bagi kali terakhirnya saya tidak dapat berbual - bual. Walaupun pada ari tersebut saya perhatikan beliau ingin bercakap sesuatu kepada ku.
4. Melalui `Facebook', saya dapat hubungi rakan-rakan lama yang dah hampir 13 tahun tak jumpa, mengumpul mantan aanak murid dan telah wujudkan `group' Mantan Anak Murid Cikgu Norizan - SKPR.
5. Dapat maklumat En Mohanan dan Pn Masita masuk hospital kerana :
a. En Mohanan - masalah jantung dan demam ( tak sempat melawat kerana dah keluar wad )
b. Pn Masita - menjalankan pembedahan membuang `appendi'. Alhamdullilah sempat melawat.
6. Pada 27hb Feb 2010 - Amali Biologi di UTM.
7. Pada 06hb Mac 2010 ada macam2 aktiviti. (Tidak tahu nak pergi yang mana satu) Antara aktiviti yang bakal dijalankan :
a. Mesyuarat Agung PIBG sekolah.
b. Kursus anjuran majlis Guru Cemerlang Daerah Johor Bahru.
c. Kelas OUM.
8. Dalam minggu nie, badan tak sihat, rasa nak demam, selsema dan tak de selera nak makan.

Dalam kesibukan ini saya dah jalankan :
1. Membuat Modul untuk minda pagi sehingga bulan Jun.
2. Membuat Modul murid - murid Cemerlang, sederhana dan lemah bagi sekolah.
3. Membuat Modul bagi Kem anjuran PPD JB bagi aktiviti masa cuti nie.
4. Menjalankan sesi `upgreding' komputer makmal komputer sekolah dengan menambah RAM dan `install' Window XP. Baru siap 50%.
5. Menyediakan modul penggunaan Makmal Komputer.
6. Menyiapkan Jadual Persekolahan sesi 2010.
7. Membina Modul bagi kajian berasaskan sekolah bagi dijalankan di sekolah menengah yang berdekatan.
8. Menjalankan sesi kecerian kelas. masih pegang kelas. Gambarnya tak sempat nak ambil untuk di `uplload'. Insyalah esok saya cuba `uplload'kan. Cuba anda nilaikan.
9. Menjalankan sesi ceramah penenpatan murid kepada ibubapa dan penjaga murid2 tahun 6.

Diam, tak diam dah masuk bulan 3. Cepatnya masa berlalu......masih banyak lagi yang belum siap. Macam2 nak buat lagi..........nanati saya cuba laporkan setiap aktiviti saya. Arios............

No comments:

Post a Comment