Saturday 7 March 2009

Minggu yang sibuk lagi.........

Diam, tak diam minggu nie dah nak hampir tamat. Syukurlah dalam minggu nie saya dapat menjayakan semua aktiviti yang diamanahkan untuk perlaksanaan tugas - tugas tu. Antara tugasan yang telah berjaya dilaksanakan :
a. Mesyuarat Daerah Panitia Sains - sebagai Pengerusi Sains peringkat Zon Bandar di SK (P) Sultan Ibrahim.
b. Mesyuarat Kurikulum Zon Bandar - Sebagai Pengerusi Sains Zon Bandar di SK Tasek Utara.
c. Mesyuarat Majlis Guru Cemerlang Daerah Johor Bahru - Di SK Bandar Baru Uda 2.
d. Teknik menjawab soalan dan bengkel menjawab Soalan bagi murid - murid tahun 6.
e. Mesyuarat Program Zoom-A anjuran YPJ - Di SMK Keluang Barat.

Semua mesyuarat tersebut tamat jam 5.00 ptg dan saya sampai di rumah lam kul 6.00ptg. Penat yang amat.

Terdapat juga peristiwa yang hampir2 mengundang masalah :
a. Salah hantar assingment.
b. Tak sempat nak kemas rumah, cuci kereta dan mcm2 lagi.
c. Pengajaran tuisyen tak dapat dilaksanakan dengan lebih baik, tapi agak bagus kerana berjaya dilaksanakan.
d. Semasa memandu, hampir2 terlanggar kereta org, nasib baik sempat brek.
e. Semasa menjalankan aktiviti bengkel :
- Pejabat agak lambat buka ( 7.30 pagi ).
- `Black out' kat dewan.
- Tiba - tiba LCD tidak berfungsi.
- Kepala tiba2 pening sangat. Nasib baik ada rakan2 yang membantu.

Lepas semua berlaku, saya pun balik tidolah kat umah, sedar2 aje nak kul 4.oo ptg. Ada lagi tugas yang belum selesai, antaranya :
a. Menanda kertas Ujian Sains.
b. Menulis kad Kemajuan murid.
c. Kelas OUM (8hb - Ahad jam 8.00 pagi)
d. Membina borang `interview' bagi projek Majlis Guru Cemerlang.
e. Kelas tambahan hari Isnin dan latihan pidato, syarahan (Sukarela).

Tapi, dalam kesibukan saya, saya sempat lagi buat:
a. Kek coklat.
b. Update blog saya dan membuat laporan laman web sekolah.
c. Bahan bengkel.
d. Mengisi borang PEKA ( Bantuan Isteri tersayang ).
e. Baca Surat kabar `online', blog politik, blog mantan anak murid dan myspace.

Oklah, nanti saya `update' lagi blog saya dengan aktiviti harian saya. Cau, cincau............

No comments:

Post a Comment