Wednesday 18 February 2009

Cibuk yang amat............

Ya Allah tak tahulah kenapa leh cibuk sangat minggu nie. Aku ingat lepaskan jawatan ketua panitia sains 6 tahun lepas, ia satu yang amat senangkan keje aku, tapi siapa tahu tahun nie aku diarahkan untuk menjawat jawatan tu semula. Kalau ikutkan aku memang malas, tapi aku nie jenis yang tak pernah engkar akan arahan, aku akur aje. Nasib baiklah cop ketua panitia 6 tahun lepas masih aku simpan. Aku simpan tuk jadikan kenangan aje, sapa tahu ia berguna balik.
Bila aku dah menjawat jawatan ini, aku bagi syarat agar semua urusan makmal sains diuruskan oleh penolong aku alias mantan ketua. aku kesihan kat mereka nie, banyak keje. Aku bertekad agar aku betulkan balik semua fail - fail terutama fail PBS (fail Penilaian Berasaskan Sekolah-Peka sains). Untuk than 6 aku dah berjaya selesaikan. tinggal tahun 3 sehingga tahun 5. Nanti aku usahakan.
Dalam kesibukkan ini aku sempat lagi curi2 masa untuk buat assigment. Inilah aku. Dalam satu masa kadang2 aku buat 2 atau 3 keje, dan aku pastikan ia mestilah disiapkan pada arie tu jugak. Jangan tangguh keje, nanti menggunug tak terbuat.
Sehari paling kurang aku akan buat keje untuk Makmal Komputer, Kelas 6 Bijak, Mengajar dan buat pemulihan tuk bebudak yang bermasalah. Tentu tak cayakan. Apa tidaknya sesampai aje kat sekolah lam kul 6.30 pagi, kadang kadang sehari suntuk berada kat Makmal komputer buat keje. Kalau ade kelas bebudak tu dtg ke makmal tuk belajar.
Kadang - kadang keje nie menuntut aku dtg di sebelah ptg. Inilah yang selalu yang menyibukkan aku. Keje aku kat umat (luar waktu keje) aku gi tuisyen 2 hari seminggu ( Isnin dan Khamis ) dan baru2 nie aku dpt tempahan buat kek coklat 3 buah. Mlm nie baru nak cuba buat blk. Alhamdullilah jadi, tak tenggahnya menjunam. Ia cantik naik. Rasanya pun sedah aku dah potong dan makan 3 potong. Tak sangka aku boleh buat......yeh.............
Malam nie layan internet selepas buat buku rancangan mengajar, coz esok ada mesyuarat guru - guru cemerlang peringkat Daerah kat sekolah Tun Fatimah lam kul 8 pagi. Nampaknya aku dan Ckg Hasdi kena gi dan tinggalkan kelas. sayangnya..........
Minggu nie aku memang sngat sibuk gilerm lepas tu aku macam singa lapar dan ada bebudak yang cakap, cikgu arie nie macam naga nak makan orang. Apa2 pun aku tak pernah simpan dalam hati. Niat aku hanyalah nak membantu mereka faham semua yang diajar. Diaorg nie kalau ajar lemah lembut, diaorg pijak kepala dan tak nak buat keje sekolah. Tapi jangan buat selalu, ia tak baik tuk kesihatan kita dan hubungan kita ngan bebudak tu. Takut jugak perasaan mereka terganggu. apa2 pun lepas aku marah, aku pujuk balik. kalau tak mereka lagi nak tunjuk perasaan lak dan tak suka kita langsung.
Oklah, nanti kalau ada masa aku sambung lagi cerita. cau cincau.......

No comments:

Post a Comment