Monday, 2 February 2009

Bermula lagi..................

Arie nie, bermulanya langkah pertama untuk memastikan murid2 tahun 6 mendapat keputusan yang lebih cemerlang dalam UPSR 2009. Semoga mereka berjaya.

Diam tak diam dah masuk minggu yang ke 4 sesi persekolahan bagi tahun ini. Pagi2 lagi ari ku telah dimulai dgn agak boring cikit, tapi ada yang boleh melupakan perasaan boring tu.

Dalam pengamatan saya ramai murid di SK Pengkalan Rinting nie tak berjaya atau kurang berjaya kerana beberapa faktor. Antara faktornya :

1. Galakan daripada ibubapa atau penjaga yang kurang memberangsangkan.

2. Mereka kurang diterapkan dgn suka pergi sekolah, suka bangun pagi. Cerita tentang bagun pagi, ada seorang budak nie, perangai lamanya sudah blk lagi. Sapa lagi si Hafizin tu lah. Ieh, mals nak layan. Tahun lepas dia tak suka kerana dia tak suka dgn seorang cikgu tu. Tapi tahun nie pun sama aje. Sebenarnya dia yang bermasalah. Agaknya salah asuhan kot. Yalah makbapak manjakan lebih lebih2. Tak tahulah bila dah keje nanti. Tuhan sajelah yang tahu.

3. Perangai ckg yang agak boring, tak mesra rakyat. Sesekali enjoylah cikit ngan bebudak. Contohnya ari nie saya biasakan ngan panggilkan beberapa org budak yang boleh menimbulkan masalah dengan panggilan ayang dan anje. Sesekali bebudak tu nak juga bermanja ngan kita. Nak kata ckg nie tak de anak, tapi ada. Kenapa mereka nie tak buat mcm anak sendiri. Sayangi mereka, sentuhi mereka ngan kasih sayang. Pasti mereka akan ingat dan sayang ngan kita. Kalau dia org dah suka ngan kita, mcm2 perkara kita boleh buat ( bagi kerja rumah tau, bukan yang lain)- dirty thingking.

4. Keadaan kelas yang kurang menarik, mcm mana mereka nak suka dtg sekolah. sebab ada tempat lain yang lebih menarik.

5. Cubalah sentuh hati mereka, pasti mereka ingat kat kita dan syg giler ngan kite. Tak caya blh cuba.



Ari nie juga adalah ari pertama kelas tambahan, nampaknya dah bermulalah kelas2 malaysia. Aku pasti akan terus bersemangat.

Lepastu saya blk ke rumah tuk baring jap, tapi tertido sampai kul 4 ptg. sedar2 aje aku terus bergegas tuk gi sekolah. Aku terpakse gi sekolah tuk bagi duit insuran Takaful kat Kak Idah. Malas nak simpan lame2. murid yang blm bayar, saya bayar pakai duit sendiri. Kalau tak sampai ujung tahun mereka tak bayar2. Menyusahkan aku aje.

Selepas itu saya gi ke makmal tuk scan gambar bagi latihan bagi sains esok. Dalam sibut buat keje dengan komputer yang bermasalah aku nekad buat aje. Aku terfikir ari nie ada tuisyen pertama kat Uda, tapi aku ambil keputusan tuk tangguh dengan alasan aku ade meeting kat Segamat, takut tak dapat sampai on time.(tipu aje) maklumlah dah cuti lame. Malasnya berbakul2. tgh buat keje, adalah beberapa org minah(budak kelas saya leh) dtg duk memekak kat saya, belum masuk minta masuk. Dah diberi masuk nak buka komputer lak. mana boleh, bagi betis nak peha. Aku buat tak layan aje....(buat bodoh aje)
Dah siap semua aku pun melangkah duduk kat bilik guru, berbual2 ngan ckg kat sana. Tiba2 Is masuk dan duk mengeluh aje. Lettop dia ada masalah. Aku dgn selambanya kata ambil kemudian msk kan aje lam kolam ikan tu. dah gelak satu bilik guru. Aku nie cepat kesihan. Aku cuba godeh2 kan. last2 tak tahulah apa ke halnya. aku nak blk, si Mazlihan telefon nak tumpang blk. Aku takde masalah sedia berkhidmat tuk kenkawan yang baik. Ari nie, ari dia, manalah tahu esok lusa masa saya lak.
Lepas hantar dia kat umah yg jaga anaknya, saya pun gi pasar mlm. Belilah nasi goreng dan ayam goreng. Sampailah sekarang. Tiba2 ada lah makcik cina (Kawan OUM) telefon nak minta tolong dpt jawapan asingment. Aku kata belum dptt, nanti dah dpt saya bagi. jgn risau.....Satu masalah besar saya, blog nie tak leh nak buka. Kenapa, tak tahulah. Ada tak sesiapa yang boleh selesaikan. Tiap kali buka, pasti dia kata error on page.....geram betulah.....Okeylah penatlah mengarang. nanti saya sambung lagi.

1 comment: